KPKT lantik peguam pemerhati keluarga Muhammad Adib - Utusan Malaysia

KPKT lantik peguam pemerhati keluarga Muhammad Adib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 24 Dis.- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melantik seorang peguam iaitu, Syazlin Mansor yang bertindak sebagai peguam pemerhati mewakili keluarga anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin dalam satu kenyataan berkata, selain memberikan khidmat nasihan guaman kepada keluarga Muhammad Adib dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, peguam itu akan membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak pendakwaan dalam persediaan prosiding kes tersebut.

Muhammad Adib, 24, menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 9.41 malam, 17 Disember lalu selepas tiga minggu mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Allahyarham cedera parah dibelasah dalam kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ25, Subang Jaya dekat sini, 27 November lalu dan sepatutnya melangsungkan perkahwinan semalam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×