KUALA LUMPUR 24 Dis.- Polis yakin kes bunuh Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24, yang dipercayai dipukul perusuh di Kuil Sri Maha Marriamman, USJ25 dekat sini akan selesai dalam masa terdekat.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, ini kerana kertas siasatan kes tersebut semakin lengkap.
“Bila semuanya selesai, saya akan dedahkan dalam satu sidang akhbar khas tidak lama lagi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini
Pada 27 Disember lalu, Allahyarham Muhammad Adib parah di bahagian badan dan paru-paru akibat dipukul perusuh ketika ingin memadamkan kebakaran dalam insiden rusuhan di hadapan kuil berkenaan.
Allahyarham menghembuskan nafasnya terakhirnya pukul 9.41 malam, pada Isnin lalu selepas tiga minggu mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).-UTUSAN ONLINE










