Angka korban 281, lebih 800 cedera tsunami Anak Krakatau dijangka meningkat - Utusan Malaysia

Angka korban 281, lebih 800 cedera tsunami Anak Krakatau dijangka meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Dis. – Angka mangsa tsunami dan kemusnahan yang berlaku ekoran letusan gunung berapi Anak Krakatau dijangka terus meningkat dengan jumlah nyawa yang terkorban sehingga kini ialah 281 orang manakala lebih 800 orang lagi dilaporkan cedera.

Memetik laporan blog NDTV yang dikemaskinikan laporannya sekitar pukul 8.49 pagi waktu tempatan, lebih 1,000 mangsa dilaporkan cedera dan mencari tempat perlindungan.

Menurut jurucakap agensi, Sutopo Purwo Nugroho, angka korban dalam tragedi itu dijangka meningkat dan keroskan ke atas bangunan dan harta benda juga dianggarkan meningkat.

Anak Krakatau musnah
TSUNAMI yang membadai Persisiran Pantai Sunda antara Jawa dan Sumatera Sabtu lalu mengorbankan nyawa serta memusnahkan ratusan bangunan. – GAMBAR NDTV

Ratusan bangungan musnah dibadai ombak setinggi 3 meter yang menghempas di Persisiran Pantai Selatan Sumatera dan Barat Jawa kelmarin selepas Anak Krakatau meletup dan meledakkan lava.

Menurut laporan Agensi Geologi Indonesia, Anak Krakatau telah menunjukkan tanda-tanda keaktifannya beberapa hari yang lalu iaitu sebelum hari kejadian dengan pelepasan debu dan asap ke udara.

Republik Indonesia sebagai sebuah negara kepulauan yang mana kedudukan Gunung Anak Krakatau di tengah-tengah garisan platonik atau kawasan bencana sehingga digelar sebagai Cincin Api Pasifik sebenarnya terdedah kepada kejadian malapetaka seperti gempa bumi, ledakan gunung berapi dan tsunami.

Pada September lalu, Palu di Sulawesi dilanda gempa kuat dan disusuli dengan tsunami dan telah mengorbankan ratusan nyawa penduduknya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×