SHAH ALAM 24 Dis. – Tindakan dua buah bot membawa penumpang berlebihan membawa padah apabila bot berkenaan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor di perairan Selangor semalam.
Bot penumpang yang dalam perjalanan dari Laut Pantai Cermin itu menuju ke Sungai Buloh, Jeram ditahan kira-kira pukul 12.20 tengah hari.
Pengarah Maritim negeri, Kepten Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata, kedua-dua bot itu ditahan ketika pihaknya melakukan rondaan rutin di sekitar perairan Selangor dan mendapati bot penumpang tersebut telah melanggar syarat sah lesen iaitu membawa penumpang melebihi had yang dibenarkan.
“Hasil pemeriksaan mendapati bot dimiliki warga tempatan ini membawa muatan berlebihan masing-masing seramai 18 dan lapan dalam setiap bot, namun dalam lesen kedua-dua bot hanya dibenarkan membawa 12 penumpang sahaja.
“Kedua-dua bot ditahan dibawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Selangor untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE










