Korban tsunami Selat Sunda meningkat 281 orang - Utusan Malaysia

Korban tsunami Selat Sunda meningkat 281 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKRTA 24 Dis. – Jumlah korban bencana tsunami yang melanda selatan Sumatera dan barat Jawa kini meningkat kepada 281 orang.

Jurucakap Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho berkata, jumlah mangsa korban dan kemusnahan dijangka terus meningkat dalam masa terdekat ketika kerja-kerja operasi mencari serta menyelamat (SAR) giat dilakukan.

Ratusan bangunan termasuk kediaman penduduk turut musnah selepas ombak tsunami melanda kelmarin pada pukul 9.30 malam waktu tempatan.

Tsunami itu berlaku selepas Gunung Berapi Anak Krakatau meletus menyebabkan pergerakan kerak bumi di dasar laut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×