Ifan Seventeen harap isteri selamat - Utusan Malaysia

Ifan Seventeen harap isteri selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 24 Dis. – Vokalis kumpulan muzik Seventeen, Riefian Fajarsyah atau Ifan menulis kata puitis buat isterinya, Dylan Sahara yang masih belum ditemukan selepas dibadai Tsunami Selat Sunda kelmarin.

GAMBAR yang dimuat naik dalam instagram stories Ifan Seventeen yang mengharapkan isterinya selamat ditemukan selepas hilang dalan Tsunami Selat Sunda kelmarin. – AGENSI

Portal detikHot melaporkan, Ifan dalam Instagram Stories memuat naik gambar Dylan ketika bercuti sebelum ini.

“Pulanglah sayang, aku sangat rindu,” kata Ifan dalam aplikasi itu.

Setakat ini, Dylan dan pemain drum Seventeen, Andi masih belum ditemukan manakala Herman (pemain gitar), Bani (bass) dan Oki Wijaya (pengurus) disahkan meninggal dunia.

Ifan terselamat selepas berpaut kepada sebuah kotak selepas mereka dirempuh ombak ketika membuat pertunjukan di Tanjung Kesung Beach Resort kelmarin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×