LUMUT 23 Dis. – Seorang lelaki berusia 59 tahun ditemukan telah meninggal dunia di atas pokok manggis di Jalan Besar, Kampung Jawa, Sekolah Menengah Tat Beng, Trong dekat sini hari ini.
Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.47 pagi mengenai seorang lelaki yang tersangkut di atas pokok manggis.
Menurutnya, anggota dari Balai Bomba Pantai Remis ke tempat kejadian dan mendapati mangsa tersangkut di atas pokok tersebut.
“Lelaki tersebut dipercayai telah meninggal dunia di atas pokok dan ini disahkan oleh pegawai perubatan di tempat kejadian.
“Dua anggota bomba menurunkan mayat lelaki tersebut dengan tali menggunakan teknik ‘lowering’ dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – UTUSAN ONLINE









