Tabung Harapan Malaysia kutip lebih RM199 juta - Utusan Malaysia

Tabung Harapan Malaysia kutip lebih RM199 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Tabung Harapan Malaysia (THM) yang ditubuhkan pada 30 Mei lalu berjaya mengumpulkan lebih RM199 juta setakat pukul 9 pagi hari ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan berkata, Jabatan Audit Negara akan mengaudit Penyata Penerimaan dan Bayaran Akaun THM bagi memastikan pengurusannya dibuat secara teratur dan berintegriti.

“Pelantikan firma audit luaran oleh kementerian bertujuan mengaudit akaun THM itu juga dibuat selaras dengan Seksyen 7 Akta Audit 1957,” katanya di sini hari ini.

Guan Eng berkata, kerajaan akan memastikan sumbangan yang diberikan itu digunakan untuk melangsaikan hutang negara walaupun nilainya mencecah RM1 trilion jauh berbanding hasil kutipan THM.

Menurutnya, semua pihak yang ingin membuat sumbangan diminta memasukkan wang atau cek secepat mungkin menjelang penutupan THM pada 31 Disember depan.

“Potongan cukai akan diberikan kepada setiap sumbangan THM untuk tahun hadapan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×