RIYADH 23 Dis. – Abang tiri kepada Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud iaitu Putera Talal bin Abdul Aziz meninggal dunia semalam.
Berita itu disahkan oleh anaknya Putera Al-Waleed bin Talal menerusi laman Twitter.
Lahir pada 1931, Tala mengetuai pertubuhan Dana Teluk Arab untuk Pembangunan, sebuah badan yang mempromosikan pendidikan serta kesihatan di negara-negara membangun.
Talal juga merupakan penasihat kepada kerajaan Arab Saudi yang membenarkan wanita di negara ini memandu. – AFP










