Reds perlu 105 mata - Utusan Malaysia

Reds perlu 105 mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WOLVERHAMPTON 22 Dis. – Jurgen Klopp percaya, Liverpool perlu mengatasi rekod mata Manchester City jika mahu menjuarai Liga Perdana Inggeris musim ini selepas pasukan itu menumpaskan Wolverhampton 2-0 hari ini bagi mengekalkan kedudukan pendahulu menjelang sambutan Krismas.

Jaringan Mohamed Salah dan Virgil van Dijk sudah cukup untuk Reds melebarkan kedudukan kepada empat mata di depan juara bertahan, City sekurang-kurangnya dalam tempoh 24 jam.

Liverpool yang pernah berada di kedudukan teratas dalam tiga musim terdahulu namun tidak memenangi sebarang gelaran, kini unggul dengan 48 mata daripada 18 perlawanan.

Hanya Chelsea (musim 2005/2006) dan City musim lalu berjaya mencapai angka 100 mata ketika bergelar juara.

City memenangi gelaran musim lalu dengan rekod 100 mata dan mereka berpeluang mengulangi kejayaan musim ini dengan syarat Reds gagal meneruskan rentak cemerlang.

“Semua orang bertanya kepada saya tentang situasi ini ­iaitu berada di kedudukan pertama.

“Jika dilihat empat musim terdahulu, pasukan yang menduduki tangga teratas pada sambutan Krismas akan memenangi liga, namun anda boleh lihat perebutan gelaran masih sengit.

“Buat masa ini, ia seakan musim yang boleh dinikmati. 48 mata sebelum Krismas. Ini perkara yang gila.

“Bagaimanapun masih ada pasukan lain seperti Chelsea, Manchester City, Tottenham, Arsenal, mereka juga boleh menang.

“Anda mungkin memerlukan 105 mata untuk muncul juara. Siapa sangka?, ia memang tidak mudah,” ujarnya. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×