23 maut dalam kemalangan bas Nepal - Utusan Malaysia

23 maut dalam kemalangan bas Nepal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KATHMANDU – Seramai 23 orang terbunuh di barat Nepal selepas sebuah bas membawa pelajar sekolah dan guru pulang daripada satu lawatan ladang botani terjunam ke dalam gaung, kata polis.

Kumpulan pelajar itu sebahagian besar berumur antara 16 dan 20 tahun. Dua guru dan pemandu bas berkenaan turut terkorban dalam nahas pada awal pagi kelmarin di satu kawasan terpencil.

Kenderaan itu dilaporkan membawa seramai 37 orang dengan 22 terbunuh di lokasi kejadian, manakala seorang lagi di sebuah hospital berhampiran. Seramai 14 lagi mangsa kini menerima ra­watan akibat kecederaan.

“Siasatan awal mendapati insiden berlaku disebabkan kelajuan,” kata pegawai polis Bel Bahadur Pandey kepada agensi berita AFP.

Kemalangan jalan raya sering berlaku di Nepal di­sebabkan oleh keadaan jalan teruk, penyelenggaraan kenderaan dan pemanduan cuai.

Insiden terbaharu itu berlaku selepas nahas membabitkan sebuah trak di tengah Nepal yang mengorbankan seramai 20 individu sewaktu mereka pulang daripada satu majlis pengebumian pada minggu lalu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×