Bantuan Awal Persekolahan RM100 diagihkan pada Januari - Utusan Malaysia

Bantuan Awal Persekolahan RM100 diagihkan pada Januari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 22 Dis.- Kerajaan mengambil inisiatif untuk memberikan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM100 kepada setiap murid tahun satu hingga tingkatan lima dalam kalangan isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, Bantuan Awal Persekolahan itu melibatkan peruntukan sebanyak RM328 juta dan akan disalurkan kepada Kementerian Pendidikan sebelum diagihkan ke sekolah-sekolah mulai Januari depan.

“Kerajaan memahami dan mengambil berat akan keperluan perbelanjaan dihadapi oleh ibu bapa menjelang permulaan sesi persekolahan pada awal tahun hadapan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Guan Eng, tujuan utama pemberian bantuan ini adalah untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang perlu ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga.

Katanya, kerajaan komited untuk menyediakan peluang pendidikan yang berkualiti untuk semua pelajar tanpa mengira latar belakang, termasuklah dari segi barang keperluan dan kelengkapan persekolahan.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×