Tidak berhenti desak Waytha Moorthy letak jawatan - Utusan Malaysia

Tidak berhenti desak Waytha Moorthy letak jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 20 Dis. – Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Semangat Gelombang Rakyat tidak akan berhenti daripada terus mendesak kerajaan agar mengambil tindakan tegas terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy.

Menurut jurucakap gabungan itu, Ellie Suriati Omar, pihaknya turut mahu Exco Kerajaan Negeri Selangor, V. Ganabatirau dilucutkan jawatan kerana dengan sengaja menyemarakkan api perkauman di dalam media sosial.

“Walaupun Waytha Moorthy bertanggungjawab dalam soal perpaduan, beliau dilihat gagal sekali gus mencetuskan kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya pada 27 November lalu.

“Malah kelemahan beliau dan Ganabatirau kerana mengeluarkan kenyataan menyalahkan polis telah mencetuskan kekecohan di kuil itu sehingga meragut nyawa anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim,” katanya ketika ditemui di pekarangan Bangunan Perdana Putra, di sini hari ini.

Pada masa sama, Pengerusi Gerakan Srikandi Malaysia, Wan Ashima Wan Kamaruddin berkata, kehadiran mereka di Jabatan Perdana Menteri itu bukan untuk menyerahkan memorandum, sebaliknya mahu Waytha Moorthy meletak jawatan.

Ujarnya, sehingga kini pihak berkuasa masih belum mengambil sebarang tindakan kepada Waytha Moorthy dan Ganabatirau walaupun kes kematian Muhammad Adib disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×