Ismail Sabri pangku jawatan Timbalan Presiden UMNO - Utusan Malaysia

Ismail Sabri pangku jawatan Timbalan Presiden UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diumumkan sebagai Timbalan Presiden UMNO berkuatkuasa serta-merta bagi menggantikan Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan yang memangku tugas-tugas Presiden.

Perkara itu diputuskan oleh Mesyuarat Pengurusan UMNO di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra yang diadakan semalam selepas Presiden parti, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan untuk bercuti.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, tugas-tugas yang dipangku itu bagi memastikan kelancaran gerak kerja parti.

“Ismail Sabri dipilih untuk memangku jawatan itu berikutan jawatannya yang merupakan Naib Presiden paling kanan dalam parti.

“Keutamaan UMNO sekarang adalah untuk memperkukuhkan saf kepimpinan dan juga memfokuskan agenda pengukuhan parti,” katanya dalam suatu kenyataan di sini hari ini.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Ketereh, berharap proses pengukuhan parti di semua peringkat dapat direalisasikan sebaiknya seperti yang dihasratkan oleh Presiden UMNO, Ahmad Zahid. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×