Dominic Silva dilantik Timbalan CEO MIDF Amanah Investment - Utusan Malaysia

Dominic Silva dilantik Timbalan CEO MIDF Amanah Investment

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Dis. – Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) melantik Datuk Dominic Silva sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MIDF Amanah Investment Berhad berkuat kuasa 7 Januari 2019.

MIDF dalam kenyataan berkata, Dominic merupakan figura korporat terkenal dan memiliki pengalaman luas termasuk bidang perbankan, kewangan dan pelaburan, pengurusan strategik, pembinaan perniagaan dan pembangunan sektor kewangan dan pelaburan rentas sempadan. 


Menurut firma itu, beliau merupakan Pengarah di DMY Capital dan pernah memegang jawatan Ketua Pelaburan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) sehingga 2017.


Memuatkan artikel berkaitan…

“Beliau juga pernah menjadi Pengarah Eksekutif Khazanah selama sembilan tahun. Beliau bekerja bersama ABN Amro Bank (kemudiannya dikenali sebagai Royal Bank of Scotland) dengan memegang pelbagai jawatan termasuk kewangan berstruktur, kredit dan Ketua Liputan Institusi Kewangan dan Sektor Awam,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×