Bekas ADUN Ayer Hangat umum keluar UMNO - Utusan Malaysia

Bekas ADUN Ayer Hangat umum keluar UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hangat, Datuk Mohd. Rawi Abd. Hamid mengumumkan keluar UMNO bersama kira-kira 30 lagi ahli parti itu di sini hari ini.
Mereka yang turut hadir mengumumkan keluar parti ialah Naib Ketua Puteri UMNO Bahagian Langkawi, Nur Aini Ahmad Ridzuan dan Ketua UMNO Cawangan Kampung Teluk, Mohd. Saiful Mustafa.

Sementara yang lain ialah ahli parti daripada lapan cawangan UMNO Bahagian Langkawi iaitu Kampung Padang Lalang, Kampung Ewa, Kampung Teluk, Kampung Bukit Puteri dan Kampung Kilim.

Tiga lagi cawangan adalah Kampung Pasir Hitam, Kampung Huma dan Kampung Kubang Badak.
Mohd. Rawi berkata, ia bukanlah satu keputusan yang mudah untuk dibuat kerana dia telah bersama UMNO sejak 28 tahun lalu dengan memegang pelbagai jawatan bermula di peringkat bahagian hinggalah negeri.

 “Saya buat keputusan ini demi agama dan bangsa serta membantu apa sahaja dalam menjamin kemakmuran negara walaupun berlaku perubahan kerajaan dan sebagainya,” katanya pada sidang akhbar di Hotel Royale Signature di sini hari ini.

Beliau yang pernah memegang jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Langkawi itu pada masa sama menafikan dakwaan kononnya keputusan itu dibuat hanya untuk kepentingan peribadinya iaitu berkaitan wang dan jawatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×