4 syarikat naikkan harga telur diberi notis - Utusan Malaysia

4 syarikat naikkan harga telur diberi notis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA BERANG 19 Dis. – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu mengeluarkan empat notis kepada empat syarikat pemborong telur di negeri ini hasil pemeriksaan yang dilakukan sejak 7 Disember lepas.

Ketua Pegawai Penguat kuasa KPDNHEP Terengganu, Zulfahmy Mat Udi berkata, Notis 21 di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 itu dikeluarkan bagi mengetahui sebab ke­naikan harga telur di empat syarikat pemborong berkenaan.

“KPDNHEP Terengganu telah melakukan pemeriksaan harga telur di 93 premis termasuk di pasar raya, pemborong dan kedai runcit sepanjang tempoh itu.

“Hasil pemeriksaan mendapati harga telur di Terengganu tidak mengalami kenaikan melampau dan secara purata­nya, harga telur ketika ini ialah RM0.40 sebiji (gred E), RM0.41 (gred D), RM0.42 (gred C), RM0.44 (gred B) dan RM0.45 (gred A),” katanya kepada pemberita selepas mengadakan operasi bersepadu bersama 10 jabatan dan agensi penguatkuasaan di pasar pa­gi Kuala Berang, di sini hari ini.

Antara agensi ter­libat ialah Suruhan­jaya Syarikat Malaysia, Majlis Daerah Hulu Terengganu, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Metrology Corporation Malaysia Sdn. Bhd., Kementerian Kesihatan Malaysia, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan pihak media.

Beliau juga berpuas hati dengan tahap pematuhan pe­niaga terhadap un­­dang-undang ke­penggu­naan dan pe­­­ngu­at­kua­saan dalam ope­­rasi kali ini.

“Memang ada se­dikit kenaikan sayur dan ikan, namun kita maklum kenaikan itu adalah disebabkan faktor musim tengkujuh di mana nelayan tidak keluar ke laut, jadi peningkatan itu adalah munasabah.

“Selain daripada pematuhan tanda harga, alat penimbang yang digunakan peniaga juga diperiksa bagi memastikan ianya masih dalam tempoh penentusahan dan memberi timbangan yang tepat dalam urusan jual beli,” katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×