Rumah pegawai kanan SPRM terbakar, tiada unsur khianat - Utusan Malaysia

Rumah pegawai kanan SPRM terbakar, tiada unsur khianat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Dis. – Polis menafikan wujudnya sebarang unsur khianat dalam kes kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat milik seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Taman Setia Tropika, Seri Kembangan, dekat sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, pemeriksaan sudah dibuat oleh pasukan forensik bomba dan mendapati tidak wujud sebarang unsur khianat.

“Kebakaran disahkan berpunca daripada masalah litar pintas dan tiada kaitan dengan perbuatan khianat.

“Sehubungan itu, kes ini disiasat sebagai laporan kebakaran saja,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Media hari ini melaporkan, pegawai kanan SPRM yang banyak mengendalikan kes berprofil tinggi musnah dalam kebakaran dipercayai akibat perbuatan khianat.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.35 petang itu, pegawai kanan berusia lewat 30-an itu sedang bertugas di Ibu pejabat SPRM Putrajaya manakala anak dan isterinya berada di kampung. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×