[VIDEO] Bomba harap tindakan undang-undang tegas diambil - Utusan Malaysia

[VIDEO] Bomba harap tindakan undang-undang tegas diambil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Dis. – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berharap tindakan undang-undang yang tegas diambil terhadap pihak bertanggungjawab atas kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24, semalam akibat dibelasah kumpulan perusuh di hadapan Kuil Sri Maha Mariamman, Petaling Jaya, Se­langor pada 27 November lalu.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata, pihaknya berharap keadilan untuk Muhammad Adib dapat ditegakkan.

“Buat keluarga Muhammad Adib, (diucapkan) takziah dan semoga diberi kekuatan dalam menempuh ketentuan ini. Bersama-sama kita berdoa agar roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang ber­iman,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

MOHAMMAD HAMDAN WAHID
MOHAMMAD HAMDAN WAHID 

Menurut Mohammad Hamdan, bagi mengenang jasa Muhammad Adib, nama Allahyarham akan diabadikan di Tugu Peringatan Bomba Wira Merah di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Kubu Bharu, Selangor untuk dikenang dalam lipatan sejarah kebombaan negara.

Sementara itu di KUALA KEDAH, Kedah, Ketua Setia­usaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Mohammad Mentek mengumumkan Allahyarham Muhammad Adib dinaikkan pangkat dari KB19 kepada KB22 sebagai Pegawai Bomba Kanan II berkuat kuasa serta-merta.

Ujarnya, kenaikan pangkat secara ‘posthumous’ itu bagi membolehkan keluarga Allahyarham menerima manfaat sewajarnya daripada wang pencen Muhammad Adib kelak, selain sebagai menghargai jasa dan pengorbanannya sejak bertugas bermula 24 Ogos 2014.

“Keluarga Allahyarham juga akan menerima pampasan dan insurans berjumlah RM255,756 termasuk RM81,756 daripada Kumpulan Wang Kebajikan Jabatan Perkhidmatan Bomba (KWKB).

“Jumlah itu juga meliputi skim insurans taka­ful berkelompok sebanyak RM43,000, Koperasi Bomba dan Penyelamat Malaysia (Kobopem) RM83,000, Ke­satuan Pekerja Bomba dan Penyelamat Semenanjung Malaysia (RM42,000), Persatuan Kebajikan Jabatan Bomba dan Penyelamat (RM3,000) dan Pertubuhan Khairat Kematian Bomba Selangor (RM3,000),” katanya.

Video oleh FARIS RUSADIO

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×