Tabung Wira Merah diwujudkan untuk Muhammad Adib - Utusan Malaysia

Tabung Wira Merah diwujudkan untuk Muhammad Adib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Dis. – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah mewujudkan satu tabung khas yang dikenali Tabung Wira Merah buat anggotanya, Muhammad Adib Mohd. Kassim.

JBPM dalam satu kenyataan memberitahu, tabung berkenaan diwujudkan bagi membolehkan orang ramai menyampaikan sumbangan mereka kepada waris Muhammad Adib.

Ujarnya, sumbangan yang boleh dihulurkan orang ramai adalah dalam bentuk cek, wang tunai dan Pemindahan Dana Elektronik (EFT) .

“Bagi mereka yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkannya ke nombor akaun Bank Muamalat Malaysia Berhad 16010000876715 atas nama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

“Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Pengarah Pengurusan Korporat, Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Malaysia di talian 013-2488994 atau 03-88927652,” katanya.

Dalam pada itu, JBPM turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada orang ramai atas keprihatinan dan penghormatan yang diberikan kepada Allahyarham. – UTUSAN ONLINE

Tabung Wira Merah

 
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×