PKR N. Sembilan minta Nurul Izzah timbang semula peletakan jawatan - Utusan Malaysia

PKR N. Sembilan minta Nurul Izzah timbang semula peletakan jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 18 Dis. – PKR Negeri Sembilan meminta Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar menimbang semula keputusan meletak jawatan sebagai Naib Presiden PKR dan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Pulau Pinang.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR negeri, Aminuddin Harun berkata, gesaan itu dibuat oleh para pemimpin, ahli dan pendokong PKR di negeri ini yang menghubungi beliau bertanya mengenai keputusan Nurul Izzah itu.

Beliau yang juga Menteri Besar berkata, mereka mengakui Nurul Izzah adalah antara pemimpin yang telah membina parti PKR sejak mula hingga mencapai tahap terbaik hari ini.

“Ini adalah sumbangan besar oleh beliau dan keluarga yang berjaya menaikkan semangat ahli parti.

“Mengapa selepas berjaya, maka hendak ditimbulkan pertikaian seperti nepotisme. Ini isu nakal yang tidak harus berlaku,” katanya kepada para pemberita di luar Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini hari ini.

Semalam, Nurul Izzah mengumumkan peletakan jawatan sebagai Naib Presiden PKR dan melepaskan jawatan Pengerusi MPN Pulau Pinang.

Aminuddin berkata, ahli PKR negeri ini menyampaikan harapan tinggi mereka supaya Nurul Izzah menimbang semula keputusannya itu.

“Ia bukan untuk kepentingan mana-mana pihak tetapi keseluruhan parti PKR yang yakin dengan kepimpinan dan idelisme perjuangan parti,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×