BN Pahang kekal utuh berkhidmat kepada rakyat - Utusan Malaysia

BN Pahang kekal utuh berkhidmat kepada rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 18 Dis. – Anggota Majlis TertinggiU MNO Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin menegaskan Barisan Nasional (BN) Pahang masih kukuh dan mampu untuk terus membela kebajikan rakyat di negeri ini walaupun terpaksa berhadapan pergolakan politik dalam negara pada masa kini.

Mohd. Sharkar Shamsuddin

Mohd Sharkar berkata rakyat juga tidak perlu risau dengan desas desus mengatakan ada di kalangan Anggota Parlimendan AnggotaDewan UndanganNegeri(Adun) BN di negeri ini akan melompat parti kerana beliau sendiri tidak mendengar tentang perkara itu.

“Walaupun sudah tidak sealiran dengan kerajaan pusat, BN Pahang sentiasa berusaha untuk menjadi kerajaan pembangkang yang terbaik,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Perladangan Negeri Pahang di sini, hari ini.

Sementara itu Mohd Sharkar berkata, tindakan untuk tidak merayu keputusan Mahkamah Khas Pilihan Raya yang membatalkan kemenangan BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 untuk kawasan Parlimen Cameron Highlands adalah satu keputusan yang tepat.

Ini kerana beliau yakin keputusan itu tidak akan berubah dan hanya akan membuang masa serta wang jika rayuan dikemukakan.

Pada 30 Nov lalu, Mahkamah Khas Pilihan Raya di Kuala Lumpur mengisytiharkan kerusi Cameron Highlands kosong selepas mendapati terdapat amalan rasuah yang membawa kepada kemenangan calon BN iaitu Datuk C Sivarraajh.

Berikutan itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijadual akan mengadakan mesyuarat khas berkaitan urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands esok bagi membincangkan tarikh-tarikh penting urusan PRK seperti tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian Awal, Hari Pengundian dan Daftar Pemilih yang akan digunakan dalam pilihan raya itu – BERNAMA



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×