Maik sudah serah tanah wakaf Mada kepada YIK - Utusan Malaysia

Maik sudah serah tanah wakaf Mada kepada YIK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 18 Dis. – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) sebagai pentadbir tanah wakaf sudah menyerahkan pengurusan sebahagian tanah yang menjadi tapak Maahad Darul Anuar (Mada) kepada Yayasan Islam Kelantan (YIK).

MOHAMED FADZLI HASSAN
MOHAMED FADZLI

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains Dan Teknologi negeri, Datuk Dr.  Mohamed Fadzli Hassan berkata, penyerahan sebahagian lagi tanah masih lagi dalam proses dan ia dilakukan atas permintaan Keluarga Besar Nikmatillah sendiri selaku pemegang amanah sekolah tersebut.

Justeru, katanya, dakwaan bahawa Kerajaan Pas Kelantan mahu merampas Mada adalah tidak benar kerana permintaan datang daripada keluarga itu dan waris kepada pemilik tanah yang mewakafkan tapak berkenaan yang mahu Mada kembali menjadi institusi pendidikan percuma.

“Sebenarnya Keluarga Besar Nikmatillah yang minta YIK atau kerajaan negeri ambil alih pentadbiran dan pengajaran di Mada, bukan YIK yang minta.

“Mada didirikan atas tanah wakaf dan pemilik tanah wakaf berhasrat jadikannya puast pendidikan agama percuma tapi hari ini ia telah dijadikan pusat pendidikan swasta dan lari dari matlamat asal,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Pameran Seorang Etnologis Perancis di Kelantan, di sini hari ini.

Mohamed Fadzli berkata, semasa Mada pernah berada di bawah YIK dahulu, bilangan pelajar pernah mencapai lebih 1,000 orang tetapi kini tidak sampai 200 orang.

“Jadi sebab itulah Keluaraga Besar Nikmatillah berfikiran kalau dibiar dalam keadaan berbayar lama-kelamaan sekolah ini akan tidak ada potensi lagi,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×