KUALA KEDAH 18 Dis. – Keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim,24, berharap keadilan dalam kes pembunuhan anggota bomba itu dapat ditegakkan seterusnya mengenakan hukuman tegas terhadap pelaku.
Bapa saudara, Muhammad Adib, Kasim Md. Isa,61, berkata, perbuatan perusuh terbabit sama sekali tidak boleh dimaafkan dan pihak berkuasa perlu segera memburu perusuh terbabit sehingga ke lubang cacing.
Bagaimana katanya, pihak keluaga reda dengan pemergian Muhammad Adib akibat kecederaan serius ketika
sedang bertugas demi keamanan negara.
“Semua ini kuasa Allah, Muhammad Adiq pergi dalam keadaan sebagai seorang wira kerana membantu orang. Kita memang sakit hati dan berharap sangat keadilan dapat ditegakkan,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.- UTUSAN ONLINE










