Muhammad Adib diberi kenaikan pangkat - Utusan Malaysia

Muhammad Adib diberi kenaikan pangkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, yang meninggal dunia malam tadi diberikan kenaikan pangkat secara ‘posthumauos’ daripada gred KB19 ke KB22 berkuat kuasa serta-merta.

Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Mohammad Mentek berkata, kenaikan pangkat itu bagi membantu meringankan beban keluarga Allahyarham dari segi imbuhan pencen.

“Kita berduka cita dan terharu atas pemergian Allahyarham kerana telah menunjukkan pengorbanan, keberanian ketika menjalankan tugas dengan mengetepikan keselamatan diri dan mengalami kecederaan ketika menjalankan tugasan rasmi.

“Kerajaan juga akan menyegerakan pampasan daripada caruman yang dibuat Allahyarham sebanyak lebih RM200,000 dan akan diuruskan jabatan bomba,” katanya kepada pemberita selepas jenazah Muhammad Adib selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kariah Masjid As-Saadah di Kampung Tebengau, Kuala Kedah dekat sini hari ini.

Mohammad berkata, kerajaan amat menghargai sumbangan bakti Allahyarham yang hampir empat tahun bertugas sebagai anggota bomba. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×