MALLEE 18 Dis.- Ahli Parlimen Mallee, Andrew Broad, 43, mengambil keputusan untuk tidak bertanding dalam pilihan raya umum Australia akan datang ekoran skandal yang mengaitkan beliau dengan penggunaan laman mencari pasangan untuk memikat seorang wanita.
Broad yang meletak jawatan sebagai pembantu menteri mengumumkan keputusannya itu dalam satu kenyataan semalam.
“Hari ini, saya telah memaklumkan Presiden Parti Nasional tentang penarikan balik pencalonan saya untuk bertanding mewakili Mallee pada pilihan raya persekutuan yang akan datang,” katanya.
Dalam pada itu, pemilihan calon bagi mengisi kekosongan kerusi ahli parlimen Mallee akan dibuat awal tahun depan
Dalam satu pendedahan dibuat semalam, Broad yang sudah berkahwin didakwa mempunyai hubungan istimewa dengan sorang wanita yang dipercayai 20 tahun lebih muda daripada usia ahli politik itu.
Broad didakwa bertemu wanita tersebut dalam satu lawatan sempena persidangan di Hong Kong.-AGENSI










