Makam purba 4,400 tahun ditemui di Mesir - Utusan Malaysia

Makam purba 4,400 tahun ditemui di Mesir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH – Sekumpulan ahli arkeologi Mesir menemui makam milik seorang pendeta yang dianggarkan berusia kira-kira 4,400 tahun yang dihiasi tulisan hieroglif dan sejumlah patung di dalam kompleks piramid purba Saqqara, selatan Kaherah baru-baru ini.

Makam sepanjang 10 meter (m) dan 3m lebar itu dikatakan milik Wahtye, pendeta yang berkhidmat pada era pemerintahan Dinasti Kelima Firaun Neferirkare Kakai antara tahun 2500 hingga 2300 Sebelum Masihi.

Setiausaha Agung Majlis Tertinggi Antikuiti Mesir, Mostafa Waziri menyatakan makam berwarna terang itu mempunyai sebanyak 24 buah patung dipercayai milik ahli keluarga pendeta itu belum pernah diusik setakat ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menteri Antikuiti Mesir, Khaled el-Enany menyifatkannya sebagai penemuan terakhir bagi tahun 2018.

Pihak berkuasa menjangkakan lebih banyak peninggalan purba akan ditemui dalam masa terdekat selepas kumpulan penyelidik menjumpai beberapa laluan baharu yang mungkin membawa kepada penemuan makam atau peninggalan lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×