Penolong Pengurus The Star dipenjara terima rasuah - Utusan Malaysia

Penolong Pengurus The Star dipenjara terima rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seorang Penolong Pengurus The Star, M. Yougesnaparan dipenjara 30 bulan dan denda RM100,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah kerana menerima rasuah RM20,000, Mei tahun lalu.

Hakim Madihah Harullah memutuskan itu selepas pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap M. Yougesnaparan yang berusia 54 tahun.
 
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan hukuman penjara dan memerintahkan jaminan dinaikkan daripada RM30,000 kepada RM40,000 dengan seorang penjamin.
 
Tertuduh didakwa secara rasuah menerima suapan wang tunai berjumlah RM20,000 daripada seorang individu iaitu Mohd. Emir Mavani Abdullah, 54, kononnya untuk diberikan kepada Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
 
Ia sebagai dorongan kepada SPRM untuk menyelesaikan kes individu terbabit yang sedang dalam siasatan SPRM.
 
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Dome Cafe, Lot G20 Vista Power, The Intermark, Jalan Tun Razak di sini pukul 9.15 malam, 30 Mei lalu.
 
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
 
Mahkamah juga menambahkan jaminan daripada RM30,000 kepada RM40,000 dengan seorang penjamin.
 
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Rashid Sulaiman manakala tertuduh diwakili peguam, G. Shankar.  – K ONLINE!
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×