KUALA LUMPUR – Kadar-kadar jangka pendek dijangkakan kekal stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan tunai dalam sistem kewangan.
Lebihan tunai hari ini dijangkakan sebanyak RM27.09 bilion dalam sistem konvensional dan RM13.64 bilion dalam dana Islam.
Bank pusat akan melaksanakan tiga tender pasaran wang konvensional masing-masing bernilai RM2 bilion untuk tujuh hari, 14 hari dan 21 hari.
Bank pusat juga akan menjalankan tender Qard bernilai RM3.6 bilion untuk tujuh hari selaom tender repo berbalik bernilai RM790 juta untuk 31 hari.
Pada pukul 4 petang, BNM akan menjalankan tender konvensional semalaman sehingga RM21.9 bilion dan tender Murabahah RM10.0 bilion Murabahah.- Bernama










