Kebakaran Rusia: enam kanak-kanak antara 10 terkorban. - Utusan Malaysia

Kebakaran Rusia: enam kanak-kanak antara 10 terkorban.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW 16 Dis.- Enam kanak-kanak dan empat dewasa dilaporkan meninggal dunia dalam beberapa insiden kebakaran di Rusia, hari ini.

Daripada jumlah tersebut, tiga kanak-kanak berusia antara dua hingga empat tahun terkorban dalam kebakaran sebuah rumah di perkampungan Bashkortostan, selatan pergunungan Ural manakala dua lagi terbunuh dalam kebakaran di Krasny Kut, selatan rantau Saratov.

Dalam pada itu, Kementerian Situasi Kecemasan Tatarstan pula melaporkan seorang kanak-kanak dan dua dewasa terkorban dalam kebakaran di Kazan.

Sementara itu, dua lagi dewasa dilaporkan terbunuh, manakala tiga kanak-kanak mengalami kecederaan dalam insiden kebakaran yang berlaku di Peresvet, sebuah bandar di Moscow.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×