Tiga PATI Indonesia dicekup, tidak sempat bersiar di bandar - Utusan Malaysia

Tiga PATI Indonesia dicekup, tidak sempat bersiar di bandar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Hasrat tiga lelaki pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia bersiar- siar di bandar ini tidak kesampaian apabila dicekup sebaik tiba di jeti Pelabuhan Klang di sini pagi tadi. 

Ketiga-tiga PATI berusia 25 hingga 26 tahun itu ditahan pukul 8.15 pagi menerusi Ops Pensura.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang, Deputi Superintendan Khairuddin Jamal berkata, siasatan awal mendapati PATI tersebut yang merupakan nelayan bertolak dari Pulau Ketam ke jeti berkenaan.

“Hasil pemeriksaan terhadap ketiga-tiga PATI tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

“Mereka telah dibawa ke markas operasi PPM Pelabuhan Klang untuk tindakan lanjut dengan mengikut Seksyen 6(1)(c ) Akta Imigresen 1959/63,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×