Shopee 12.12 Jualan Hari Jadi catat 12 juta pesanan - Utusan Malaysia

Shopee 12.12 Jualan Hari Jadi catat 12 juta pesanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR  – Platform e-dagang, Shopee telah menerima lebih 12 juta pesanan pembelian di seluruh rantau ini sempena kempen jualan murah Shopee 12.12 Jualan Hari Jadi.

Rekod itu mengatasi jualan sebelum ini termasuk kempen Shopee 11.11 baru-baru ini.

Shopee menerima 48 juta kunjungan yang menyaksikan pengguna memanfaatkan 60 juta tawaran dalam semua kategori.

Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho berkata, Shopee 12.12 Jualan Hari Jadi menandakan satu lagi mercu jaya penting sambil meraikan kecemerlangan syarikat kami mencapai pertumbuhan ketara pada tahun ini.

“Kami berbesar hati untuk menerima sokongan tidak berbelah bagi daripada pengguna Shopee, dan mencatatkan kira-kira 16 juta muat turun di Malaysia, iaitu satu pencapaian besar dalam usaha kami merintis industri e-dagang.

“Ternyata suku tahun ini sungguh menarik dan memuaskan apabila kami memecahkan rekod dan menetapkan penanda aras baharu untuk dicapai pada tahun depan. Kami tidak sabar-sabar untuk mengajak semua pihak untuk mengejar kejayaan lebih besar bersama kami pada 2019,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sejak dilancarkan pada 2015, Shopee telah mencatatkan pertumbuhan kukuh meliputi tujuh pasaran, dengan lebih 195 juta muat turun di seluruh Asia Tenggara dan Taiwan.

Bagi mengakhiri sambutan ulang tahun Shopee pada tahun ini, pengguna boleh menyertai pusingan jualan terakhir Jualan Terima Kasih 12.12. Shopee yang diadakan dari 13 hingga14 Disember. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×