Jumlah mangsa banjir di Pahang terus meningkat - Utusan Malaysia

Jumlah mangsa banjir di Pahang terus meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Bilangan mangsa banjir di daerah ini meningkat daripada 192 orang semalam kepada 421 orang pada tengah hari ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Zainal Yusof berkata, ia turut mencatat peningkatan daripada 53 kepada 112 keluarga.

Menurut beliau, tujuh pusat pemindahan sedang beroperasi ketika ini di Sekolah Kebangsaan (SK) Cherating, SK Sungai Ular, SK Sungai Karang, SK Sungai Isap Murni, SK Beserah serta Dewan Orang Ramai Balok di sini.

Keadaan hujan lebat seperti diramal pada sepanjang hari ini serta ribut petir yang dijangka berlaku esok dikhuatiri meningkatkan risiko banjir di beberapa kawasan lain.

Sementara itu, sungai-sungai utama di daerah ini turut melepasi paras bahaya sejak pagi tadi termasuk Sungai Lepar, Sungai Lembing, Sungai Kuantan, Sungai Belat dan Sungai Cherating. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×