Kanak-kanak 11 tahun antara ditahan dalam Operasi cegah jenayah - Utusan Malaysia

Kanak-kanak 11 tahun antara ditahan dalam Operasi cegah jenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIRI 14 Dis. – Polis menahan 19 suspek termasuk seorang kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun yang dipercayai terlibat dalam pelbagai kes jenayah dalam operasi besar-besaran pencegahan jenayah di sini.

Ketua Polis Miri, ACP Lim Meng Seah berkata, kesemua suspek berusia 11 hingga 46 tahun itu ditahan sejak 24 November hingga semalam dalam 14 operasi yang dinamakan Op Pintu dan Op Lejang.

“Polis telah berjaya menyelesaikan 74 kes jenayah harta benda antaranya kes pecah rumah, curi kenderaan dan pecah stesen telekomunikasi di sini sepanjang tahun 2018, ” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Lim berkata, antara pelbagai barangan dirampas ialah barang kemas, telefon bimbit, barangan elektrik, jam tangan, komputer, kenderaan pacuan empat roda SUV Lexus, kereta Naza Citra, kereta Toyota Vios dan motosikal Honda Wave.

Beliau berkata, pemilik rumah serta kenderaan di bandar raya Miri diingatkan supaya meningkatkan tahap keselamatan sepanjang musim cuti serta musim perayaan untuk mengelak menjadi mangsa kes jenayah. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×