McD sumbang lebih RM484,100 kepada golongan memerlukan - Utusan Malaysia

McD sumbang lebih RM484,100 kepada golongan memerlukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 14 Dis. – McDonald’s Malaysia memperuntukkan sumbangan berjumlah RM484,100 melibatkan pelbagai inisiatif bagi membantu golongan kurang bernasib baik dan miskin tegar di negeri ini.

Inisiatif tersebut merangkumi sumbangan zakat, pelantikan belia asnaf ke program perantis McDonald’s serta penyerahan pek “Kembali Ke Sekolah”

Pengarah Kanan Sumber Manusia McDonald’s Malaysia, Azhar Darbi berkata, seramai 841 orang murid sekolah rendah di negeri ini bertuah kerana terpilih menerima sumbangan pek “Kembali ke Sekolah”.

“Kesemua kanak-kanak itu adalah terdiri daripada golongan kurang bernasib baik dari keluarga miskin bandar di negeri ini sebagai persiapan sesi persekolahan tahun 2019.

“Mcdonald’s juga akan terus melaksanakan kewajipan zakat perniagaan bagi mengurangkan kemiskinan kepada golongan kurang bernasib baik di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam Program komuniti McDonald’s 2018 peringkat negeri Kelantan, di sini semalam.

Majlis dirasmikan oleh Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) , Dr Nik Mohd Azlan Abd Hadi.

Yang hadir sama, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Dalam perkembangan lain, Mohd. Azhar memberitahu, sebanyak RM153.5 juta wang zakat perniagaan telah berjaya dikumpulkan McDonald’s di seluruh negeri ini sehingga semalam.

“Pihak kami berterima kasih kepada semua korporat yang berjaya memenuhi kewajipan zakat sekali gus menunjukkan komitmen dalam membantu golongan kurang bernasib baik di negeri ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×