Jumlah mangsa banjir di Kuantan meningkat 376 orang - Utusan Malaysia

Jumlah mangsa banjir di Kuantan meningkat 376 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 14 Dis. – Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di daerah ini pagi ini meningkat kepada 376 orang daripada 100 buah keluarga berbanding 194 orang daripada 54 keluarga malam tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) negeri, Zainal Yusof berkata, sebanyak tujuh pusat pemindahan sementara dibuka iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Cherating, SK Sungai Ular, SK Sungai Karang, SK Kempadang, SK Beserah, SK Sungai Isap Murni dan Dewan Orang Ramai Balok.

“Jumlah mangsa banjir paling ramai dipindahkan ke pusat pemidahan sementara ialah di SK Cherating sebanyak 94 orang diikuti SK Kempadang (72 orang), SK Sungai Karang (63 orang), SK Beserah (56 orang), SK Sungai Isap Murni (39 orang), Dewan Orang Ramai Balok (30 orang) dan SK Sungai Ular seramai 22 orang,” katanya di sini hari ini.

Banjir melanda beberapa perkampungan di daerah ini selepas hujan berterusan berikutan musim tengkujuh sejak beberapa hari lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×