Tawar A$60,000 setahun untuk cari troli hilang - Utusan Malaysia

Tawar A$60,000 setahun untuk cari troli hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY – Sekumpulan premis pasar raya menawarkan ganjaran sehingga A$60,000 (RM182,000) setahun kepada orang ramai yang melaporkan troli hilang milik mana-mana pasar raya utama di negara ini, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Pengguna boleh melaporkan lokasi penemuan troli melalui aplikasi Trolley Tracker dan berpeluang menyertai cabutan bertuah bulanan untuk hadiah baucar A$1,000 (RM3,000) di pasar raya pemilik asal troli tersebut.

Hadiah bulanan itu ditawarkan di kesemua lima wilayah utama Australia menjadikan jumlah keseluruhan A$60,000 setahun. Inisiatif Trolley Tracker dimulakan oleh syarikat Trolley Services Australia.

Troli yang hilang lazimnya ditemui di taman-taman rekreasi, tepi jalan-jalan raya dan longkang tersumbat serta sungai yang boleh menyebabkan banjir.

“Lebih banyak troli hilang yang dilaporkan, lebih banyak peluang untuk kita mendapat kembali sebelum ia tersadai dalam sungai dan longkang,” kata Pengarah Trolley Services Australia, Chris Ford. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×