Awasi anak daripada main air - Tengku Puan Pahang - Utusan Malaysia

Awasi anak daripada main air – Tengku Puan Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini, bertitah mengingatkan ibu bapa agar lebih mengawasi dan tidak membenarkan anak bermain air pada  musim tengkujuh bagi mengelakkan kejadian tidak diingini. 

Baginda bertitah, bahawa persiapan untuk berpindah juga perlu dilakukan terutamanya kepada mereka yang tinggal di kawasan rendah, mengambil kira keadaan cuaca di sini yang mengalami hujan lebat berterusan sejak semalam.

“Penduduk yang tinggal di kawasan berisiko banjir harus bersedia dengan kelengkapan untuk berpindah dan tidak menunggu sehingga air sudah meningkat baharu hendak buat persiapan.

“Saya berdoa supaya banjir kali ini tidak buruk dan hanya sementara sahaja, semoga semuanya dalam keadaan yang baik-baik,” titah baginda selepas berkenan mencemar duli melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Cherating di sini, hari ini.

Tunku Azizah bertitah Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang kini berada di Vietnam atas urusan rasmi telah meminta baginda untuk melawat mangsa banjir di sini, dan memaklumkan status semasa serta bantuan yang diperlukan. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×