B.Sathianathan sasar pelbagai kejuaraan bersama Selangor - Utusan Malaysia

B.Sathianathan sasar pelbagai kejuaraan bersama Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Pengendali Selangor, B.Sathianathan menaruh harapan tinggi untuk menjulang pelbagai kejuaraan bersama skuad ‘Red Giants’ pada saingan Liga Malaysia 2019.

Sathianathan, 60, yang membawa Felda United menjuarai saingan Liga Perdana 2018 sebelum dilantik sebagai ketua jurulatih skuad ‘Red Giants’ bulan lepas berkata, beliau mahu membolot segala kejuaraan musim hadapan.

Jelasnya, impian menjuarai Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia dalam satu musim bukan satu perkara yang mustahil sekiranya pasukannya memiliki semangat juang dan motivasi yang tinggi.

“Kalau boleh saya mahu semua (kejuaraan). Saya ingatkan pemain dan selalu ingatkan diri saya bahawa saya mahu menang kesemuanya.

Ini semua adalah mentaliti kita. Kalau mentaliti kita cukup kuat dan yakin dengan kebolehan kita ditambah dengan motivasi dan gambaran jelas kepada pemain, tiada apa yang mustahil, kita boleh pergi jauh,” katanya  pada sidang akhbar majlis pelancaran jersi baharu Selangor di sini, hari ini. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×