Lelaki Syria maut kemalangan - Utusan Malaysia

Lelaki Syria maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Dis. – Seorang lelaki warga Syria maut apabila kenderaan dinaikinya bersama rakan senegara terbabas dalam kejadian di Lebuh Raya Persekutuan menghala pusat bandar, di sini tengah malam tadi.

Timbalan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Superintenden Sarifudin Mohd. Salleh berkata, hasil siasatan mendapati kejadian kira-kira pukul 12.30 malam itu berlaku ketika kereta Hyundai Sonata yang dipandu mangsa hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan.

“Kereta mangsa kemudian terbabas ke bahagian kanan dan melanggar tiang konkrit jejambat. Akibat kemalangan itu, pemandu kereta yang dikenali sebagai Abdulsalam Mohamad Turkmani, 24, tercampak keluar lalu dihempap kenderaannya.

“Mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk proses bedah siasat manakala rakannya, Muhamad Al-Saraj tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, siasatan diteruskan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×