Kuantan dilanda banjir, penduduk diminta berwaspada - Utusan Malaysia

Kuantan dilanda banjir, penduduk diminta berwaspada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 13 Dis. – Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengingatkan rakyat terutama kanak-kanak supaya menjaga keselamatan pada musim tengkujuh dan tidak bermain air bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Baginda turut mengingatkan semua pihak supaya sentiasa berwaspada dan berpindah segera jika diarahkan berbuat demikian oleh pihak berkuasa.

“Semua pihak kena bersiap sedia, penduduk tinggal di kawasan berisiko banjir harus bersedia. Jangan tunggu air semakin meningkat baru hendak berpindah.

“Saya berdoa supaya banjir kali ini tidak buruk dan semuanya baik-baik sahaja,” titah baginda semasa melawat mangsa banjir yang dipindahkan di pusat penempatan sementara di Sekolah Kebangsaan Cherating di sini hari ini.

Hujan berterusan kadangkala lebat sejak kelmarin menyebabkan beberapa kawasan di daerah ini dilanda banjir dengan 27 mangsa daripada lapan keluarga dipindahkan ke pusat penempatan sementara tersebut.

Lima sekeluarga dari Kampung Baru Cherating menjadi kumpulan pertama dipindahkan ke pusat berkenaan kira-kira pukul 9 pagi ini selepas rumah mereka dinaiki air diikuti mangsa-mangsa lain secara berperingkat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×