Raja Muda Perlis sertai kayuhan santai di Shah Alam - Utusan Malaysia

Raja Muda Perlis sertai kayuhan santai di Shah Alam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 13 Dis. – Lebih 30 peserta mengambil bahagian dalam program kayuhan santai bersama Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di sini Ahad lalu.

Kayuhan kira-kira 20 kilometer yang bermula dan berakhir di Masjid Negeri Shah Alam iaitu Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah itu disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Tuanku Syed Faizuddin Putra sering menyertai program kayuhan bersama masyarakat, terutama menyantuni rakyat di Perlis.

Setelah tamat program kayuhan itu, baginda berkenan pula merasmikan bangunan komersial, Wrapxpert Gallery di Glenmarie di sini.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh pihak pengurusan tertinggi Wrapxpert Sdn. Bhd. (Wrapxpert) yang diketuai oleh Pengarah Urusan Wrapxpert, Datuk Sri Ee Chang Ku dan Pengarah Urusan Aero Art Sdn. Bhd., (Aero Art), Mohamad Azri Abdul Rahman serta Pengurus Besar Aero Art, Noor Azali Abu Bakar.

Pada majlis yang sama, Raja Muda Perlis dan anakanda bongsu baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail

meraikan anak-anak yatim dari Rumah Cahaya Kasih Bestari, Kampung Melayu Subang.- UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×