Pegawai bomba berpeluang lanjutkan pelajaran di UiTM - Utusan Malaysia

Pegawai bomba berpeluang lanjutkan pelajaran di UiTM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berpeluang melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM) menerusi sebuah skim yang akan ditubuhkan kelak. 

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UiTM, Prof. Datuk Dr. Abdullah Mohamad Said berkata, ini bagi memastikan pembelajaran sepanjang hayat kepada pegawai bomba yang berkelayakan menerusi program yang fleksibel dengan tugasan mereka.

“Bagaimanapun, perbincangan secara terperinci masih dilakukan supaya program yang akan ditawarkan atau diikuti itu bersesuaian dan fleksibel dengan komitmen mereka yang lain.

“Dalam konteks pembelajaran ini, pihak universiti (UiTM) perlu mendekati masyarakat,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu beliau mewakili UiTM menandatangani memorandum persefahaman (MoU) berkaitan bidang akademik dan latihan pengukuhan bersama JBPM yang diwakili Pengarah Bahagian Latihannya, Abdul Razak Abdul Muda.

Majlis tersebut turut disaksikan oleh Ketua Pengarah JBPM, Datuk Muhammad Hamdan Wahid.

Pada majlis tersebut juga, Abdullah menerima pangkat kehormat Penolong Pesuruhjaya Bomba dari Muhammad.

Abdullah turut menjelaskan menerusi MoU itu dapat menawarkan latihan dan modul yang dibangunkan oleh JBPM kepada pelajar UiTM selama lima semester berbanding tiga semester sebelum ini.  – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×