Malaysia Vision Valley 2.0 di Negeri Sembilan - Utusan Malaysia

Malaysia Vision Valley 2.0 di Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 13 Dis. – Kawasan pembangunan metropolis bertaraf dunia yang kompetitif, inklusif dan bersih dikenali Malaysia Vision Valley 2.0 (MVV 2.0) telah dilancarkan di sini hari ini.

Ia merupakan inisiatif pembangunan awam-swasta yang berkeluasan 153,411 hektar tanah merangkumi daerah Seremban dan Port Dickson.

Majlis pelancaran itu telah disempurnakan oleh Menteri Besar, Aminuddin Harun.

Yang turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri, Zulkefly Mohamad Omar; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dr. Razali Ab Malik; Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan negeri, Dr. Mohamad Rafie Ab. Malek dan Pengerusi Sime Darby Property Berhad, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz.

Aminuddin berkata, pembangunan MVV 2.0 berhasrat untuk menyampaikan impak ekonomi kepada Malaysia dengan membawa masuk pelaburan antarabangsa dan tempatan serta mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan dan perniagaan.

Majlis hari ini juga menyaksikan pelancaran Rancangan Pembangunan Komprehensif (CDP) MVV 2.0 dan publisiti bagi pelan tempatan MVV.

CDP bagi MVV 2.0 mentakrifkan rancangan pertumbuhan bagi kawasan pembangunan itu yang juga memberi penumpuan kepada pembangunan pemangkin, faedah ekonomi dan sosial; aspirasi kelestarian dan alam sekitar.

CDP tersebut juga mengutamakan pelbagai aspek ekonomi, alam sekitar dan pembangunan sosial dalam lingkungan kawasan pembangunan MVV 2.0.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×