10,000 anggota JBPM siap siaga hadapi banjir - Utusan Malaysia

10,000 anggota JBPM siap siaga hadapi banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Seramai 10,000 anggota dan pegawai bomba telah bersiap siaga dalam menghadapi musim banjir terutama di negeri pantai timur.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Muhammad Hamdan Wahid berkata, kesiagaan tersebut telah dilakukan sejak November lalu dengan membeku cuti anggota dan pegawai yang ditugaskan untuk operasi berkenaan.

Katanya, pihaknya juga telah mengatur 500 jentera logistik termasuk peralatan marin, pengangkutan dan tiga pangkalan udara.

“Bagi memantapkan sistem pengurusan banjir, koordinasi telah dilakukan bersama Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan polis yang akan membantu kita untuk sebarang mobilasi respon dan bantuan.

“Pada masa sama, mengkoordinasi Pusat Gerakan Operasi (PGO) di 16 buah negeri supaya melaporkan apa-apa perkembangan setiap hari kepada Pusat Pengurusan Operasi di Putrajaya,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Muhammad menjelaskan, JBPM menggunakan arahan Majlis Keselamatan Negara nombor 20 sebagai salah satu mekanisma yang teratur dalam pengurusan bencana alam iaitu banjir.

“Orang ramai dinasihatkan agar menjauhi sebarang aktiviti di tempat rekreasi berisiko tinggi seperti gunung, air terjun, kawasan-kawasan pantai jerlus dan pesisir pantai serta tali air sepanjang musim tengkujuh yang dijangka berlaku dari bulan November hingga Februari.

“Ini berikutan, banyak kematian yang direkodkan untuk kecemasan di air adalah remaja,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×