Kaji semula kuota rumah bumiputera yang tidak dijual - REHDA - Utusan Malaysia

Kaji semula kuota rumah bumiputera yang tidak dijual – REHDA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 13 Dis. – Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) meminta kerajaan negeri mengkaji semula permohonan pelepasan unit kuota Bumiputera yang tidak terjual di negeri ini.

REHDA negeri berkata, mereka mahu kajian semula berhubung perkara itu dilaksanakan dengan segera supaya usaha kerajaan negeri untuk membina 100,000 unit Rumah Mampu Biaya (RMB) menjelang 2023 dapat dicapai.

“Unit-unit rumah yang tidak terjual itu akan menjadikan stok hartanah menjadi beku dan tidak memberikan keuntungan kepada kerajaan mahu pun kepada pemaju,” katanya dalam kenyataan di sini sebentar tadi.

Menurut REHDA Johor, adalah wajar stok hartanah itu dapat dilepaskan serta dijual bagi menjana pendapatan kepada kerajaan dari segi pendapatan cukai pintu dan pemilikan bagi mereka yang memerlukan.

Tambahnya, permintaan itu juga bagi mengelakkan hartanah yang tidak dijual itu berlaku vandalisme yang akhirnya tidak menguntungkan mana-mana pihak. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×