PT3: Anak yatim dedikasikan keputusan 10A kepada ibu - Utusan Malaysia

PT3: Anak yatim dedikasikan keputusan 10A kepada ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Memberi fokus penuh dalam kelas menjadi resipi kejayaan seorang anak yatim mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang diumumkan hari ini. 

Aisyah Al-Humaira Anuwi, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Presint 11 (2), Putrajaya memperoleh keputusan 10A sekali gus meletakkannya sebagai antara pelajar terbaik PT3 di sekolah berkenaan.

Anak tunggal itu berkata, kejayaan tersebut didedikasikan kepada ibunya, Amizuni Ahmat, 48, yang banyak berkorban menjaga dan mendidiknya seorang diri selepas kematian ayahnya ketika dia baru berumur setahun.

“Saya berterima kasih kepada ibu yang tidak pernah jemu memberi sokongan dan dorongan untuk saya menempuh cabaran dan belajar bersungguh-sungguh,” katanya.

Tambah Aisyah Al-Humaira, dia bersyukur kerana dapat menggembirakan ibu dengan keputusan cemerlang tersebut.

“Saya mahu balas jasa ibu dan saya sudah berjanji kepada diri untuk buat yang terbaik dalam pelajaran.

“Biarpun mungkin akan mendapat tawaran ke sekolah berasrama penuh, saya berhasrat untuk menyambung pelajaran di sekolah ini kerana mahu sentiasa berada di sisi ibu,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×