Jalan utama Simpang Gaung-Sungai Tong ditutup kepada semua kenderaan - Utusan Malaysia

Jalan utama Simpang Gaung-Sungai Tong ditutup kepada semua kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 13 Dis. – Hujan lebat berterusan sejak malam tadi di Hulu Terengganu menyebabkan laluan utama dari Simpang Gaung ke Simpang Sungai Tong di Setiu dinaiki air dan ditutup kepada semua jenis kenderaan di dua lokasi pagi ini.

Menurut kenyataan Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri, laluan itu kini dinaiki air setinggi satu meter berhampiran Kampung Kuala Ping dan 0.5 meter di Kampung Kepah menyebabkannya terpaksa ditutup kepada semua jenis kenderaan.


Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar menggunakan laluan alternatif dari Kampung Baung ke Kuala Berang dan Kampung Bukit Kepoh untuk melancarkan perjalanan mereka.

Bagi pengguna Jalan Aring 8 – Kenyir – Kuala Jeneris pula, laluan ditutup setelah air naik setinggi 0.5 meter berhampiran Kampung Pasir Dula.

Pengguna dinasihatkan melalui jalan alternatif menggunakan laluan Kampung Basung-Gedong-Teris. Bagaimanapun jalan itu masih boleh dilalui kenderaan berat. – BERNAMA 

 



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×