Terima kasih Dr. Mahathir terima saya - Mas Ermieyati - Utusan Malaysia

Terima kasih Dr. Mahathir terima saya – Mas Ermieyati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Dis. – Bekas Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mengambil keputusan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ahli Parlimen Masjid Tanah itu memaklumkan, keputusan tersebut dibuat demi membela untung nasib pengundi di kawasan beliau.

“Insya-Allah, saya berharap dapat turut sama membantu usaha Bersatu selaku parti komponen kerajaan dalam melaksanakan agenda pemerkasaan wanita muda. Saya percaya inilah jalan terbaik dalam kerangka negara Malaysia yang majmuk.

“Di samping bersikap lebih terbuka dalam memperjuangkan nasib belia supaya mereka dapat merasai satu kehidupan yang lebih baik dan juga untuk mewujudkan masa hadapan yang lebih cerah bagi Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mas Ermieyati turut mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Bersatu, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan kepimpinan parti kerana menerima penyertaan beliau. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×