KUALA LUMPUR 13 Dis. – Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dijangka didakwa esok berhubung pembelian dua buah hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC).
Portal berita FMT melaporkan peguam Isa, K Kumaraendran berkata, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu telah disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selama 20 minit hari ini.
Isa tiba di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada pukul 11 pagi dan telah diambil kenyataan.
Isa ditahan SPRM Ogos tahun lalu berhubung pembelian hotel pada 2014 dan 2015 di London serta sebuah lagi di Sarawak.
Hotel bertaraf empat bintang, Grand Plaza Kensington di London dibeli pada 16 Disember 2014.
Hotel dengan kemudahan 62 bilik dan terletak di Lexham Gardens, daerah Kensington dan Chelsea.
Siasatan awal mendapati hotel berkenaan dibeli lebih tinggi berbanding dengan harga pasaran dan isu yang sama melibat pembelian sebuah hotel empat bintang di Sarawak. – UTUSAN ONLINE











